Monday 30 March 2015

PENDEDAHAN AWAL AKTIVITI KOKURIKULUM



Pencarian bakat bertemakan mainan luar diadakan setiap dua tahun bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam bidang kokurikulum. Pada 28hb Mac 2015, telah diadakan Hari Potensi Peringkat Parlimen Kuala Kangsar melibatkan seramai 124 orang kanak-kanak dari DUN Bukit Chandan dan DUN Manong.



Program ini mula dijalankan pada jam 8.00 pagi bertempat di Padang Rancangan Perumahan Awam 4 yang bersebelahan Pejabat KEMAS Parlimen Kuala Kangsar. Dirasmikan oleh Encik Mohd Nor Azhan Bin Ahmad Zaini, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar.



Dimana mahu pecahkan ruyung kalau bukan dari rebungnya’. Begitulah yang diharapkan agar bakat kemahiran kanak-kanak dalam bidang sukan dapat digilap. Pencarian bakat ini bukan sahaja di peringkat Parlimen malah di Peringkat Daerah, Negeri dan seterusnya kebangsaan. Hanya yang menunjukkan minat, komitmen dan yang terbaik sahaja akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Penjurian adalah di kalangan guru-guru tabika dan kakitangan KEMAS yang berkemahiran dalam sukan tersebut.





Acara di mulakan dengan senamrobik sebagai pemanas badan melibatkan kanak-kanak Tabika, guru-guru dan Ibu bapa. Setelah itu barulah aktiviti sukan dijalankan seperti lari berhalangan, lari berganti-ganti, galah panjang, bola jaring, rounders dan futsal. Semasa aktivti sukan di jalankan ibu bapa tidak henti-henti memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada anak mereka sehinggakan ada yang menjerit. Di pengakhiran program tersebut diadakan penyampaian hadiah kepada kesemua kanak-kanak yang mengambil bahagian dan ucapan penutup daripada Cik Salehah Binti Jusoh selaku Pegawai Operasi 1 KEMAS Perak.Program ini selesai di jalankan pada pukul 11.00 pagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.







No comments:

Post a Comment