Tuesday 14 October 2014

MESYUARAT KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN) PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR


14hb Oktober 2014 - Bertempat di Pejabat JKR Daerah Kuala Kangsar telah diadakan Mesyuarat Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Peringkat Daerah Kuala Kangsar. KOSPEN di wujudkan bagi tujuan pencegahan dan promosi Non-Communicable Disease (NCD)/ Penyakit tidak berjangkit di kalangan masyarakat setempat. Mesyuarat tersebut juga membincangkan program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi tahun 2014. Di pengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Norrina Binti Esa dan di hadiri oleh ketua-ketua kampung, kakitangan Jabatan Kesihatan dan KEMAS yang terlibat dari Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Sungai Siput dan Parlimen Padang Rengas. 









Wednesday 1 October 2014

KEBUN DAPUR TABIKA KEMAS TALANG HILIR, KUALA KANGSAR

Pemandangan hijau amat menyenangkan mata yang memandang setiap kali melintasi kelas Tabika KEMAS Talang Hilir, Kuala Kangsar . Dengan kedudukan batas yang tersusun cantik dan sayuran yang segar menghijau sangat menarik perhatian. 

Sikap guru dan pembantu Tabika ini perlu dipuji kerana kebun dapur mereka sentiasa menghijau dengan tanaman yang berbeza setiap kali habis tuaian.

Kanak-kanak berasa teruja berada di kebun dapur mereka. Setiap hari mereka akan bersama guru menyiram dan menjaga tanaman bersama-sama. Secara tidak langsung mendidik kanak-kanak ini dengan sikap berbudi pada tanah.



Inilah hasil tuaian di kebun dapur Tabika Talang Hilir. Semuanya segar bugar dan bebas daripada racun dan bahan kimia. Terasa nak buat kebun jugalah di rumah.