Tuesday 16 December 2014

PROGRAM BRIGHT KIDS CAREERNIVAL PROMOSI TABIKA & TASKA KEMAS TAHUN 2015


14hb Desimber 2014 – Dataran Persisiran Sungai Perak, Kuala Kangsar telah diadakan Bright Kids Careernival Promosi  Tabika & Taska KEMAS Tahun 2015. Program dianjurkan bertujuan memberi ruang serta penglibatan kanak-kanak dalam mengejar impian untuk berjaya serta berkongsi pengalaman bersama bekas-bekas pelajar KEMAS yang telah berjaya. Menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak secara holistik dalam aspek pertumbuhan fizikal dan perkembangan sosial, emosi, intelek dan rohani serta mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang masa program diadakan seperti pameran booth mengikut tunjang pembelajaran dan pengajaran di Tabika dan Taska KEMAS, Suppaduppa bagi kanak-kanak yang telah mengikuti program di booth-booth dan pertandingan chif cilik.

Peneraju utama KEMAS Perak, Tn Ahmad Kamal Idris b Hj Mohd Nawawi memberi penekanan agar usaha ini melahirkan pewaris cemerlang Negara yang dibimbing dan didik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa. Alumni Tabika KEMAS juga akan menyusur dalam Buletin KEMAS Perak untuk memberi semangat kepada kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik.


Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Khair-il b Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Turut hadir YB Maslin Sham b Razman, ADUN Bukit Chandan dan YB Mohamad Kamil b Dato’ Shafie, ADUN Manong. Manakala tetamu daripada KEMAS Ibupejabat iaitu Tn Hj Amirrudin b Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi serta Cik Khairun Nisa’ bt Roshdi, Penolong Pengarah Pemakanan turut hadir memberi dorongan dan bimbingan dalam menjayakan program tersebut.