Tuesday 17 November 2015

HARI GRADUASI DI SAMBUT MERIAH







Ulu Piol, Manong telah menjadi lokasi pilihan Hari Graduasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Kuala Kangsar Tahun 2015. Setiap tahun akan diadakan Majlis yang berprestij   ini bagi menghargai Kanak-Kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
Persemabahan Tarian Sewang
Persembahan PPI
Tarian

Persembahan Koir Bahasa Inggeris


Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Jefridin Bin Ismail, Pegawai Operasi Pembangunan Komuniti KEMAS Perak mewakili Pengarah KEMAS Negeri Perak. Seramai 84 orang kanak-kanak telah menerima sijil pada hari tersebut. 



En. Jefridin Bin Ismail
Pegawai Operasi Pembangunan Komuniti

Sekitar suasana majlis yang telah dirakamkan. Terima kasih pada semua yang terlibat.








Monday 12 October 2015

KEJOR YOB KEJOR



Bertempat di Padang Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar pada 3hb Oktober 2015 telah diadakan perlawanan bola sepak 9 sebelah anjuran KEMAS Perak dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi (SRCC) telah menggabungkan perlawanan antara tiga (3) Parlimen di bawah Daerah Kuala Kangsar dengan keseluruhan 16 pasukan yang bertanding.

Perasmian perlawanan telah dilakukan secara serentak dengan sepakan bola oleh En. Mustafa Shah b Abd Hamid Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, En. Mohd Husnuz Zaim b Dato' Hj Mohd Padil Ketua Pemuda UMNO Sungai Siput dan En. Mohd Arrif b Abdul Majid Ketua Pemuda UMNO Padang Rengas.



   

SEPAKAN PERASMIAN OLEH KETUA-KETUA PEMUDA UMNO DAERAH KUALA KANGSAR


 Walaupun bermain dalam keadaan cuaca yang berjerubu, tidak mematahkan semangat pasukan-pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara. Namun, nasib menyebelahi pasukan KEMAS Perak FC apabila dinonatkan juara setelah perlawanan akhir menentang pasukan Padang Changkat FC.



Turut kelihatan Tuan Ahmad Kamal Idris b Hj Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Perak turun padang untuk memberi sokongan dan semangat kepada pasukan KEMAS Perak FC. Terima kasih tuan pengarah. 

                                                                                                                                                                                                            






                                                    
                                                                                
                                    


Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YB Mohamad Kamil b Dato' Shafie, ADUN Manong bertempat di Dewan Jubli, Kuala Kangsar.

 
                                                                                                                                                                                                                                               
 
                                                                           


Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan perlawanan bola sepak 9 sebelah yang pertama kali dianjurkan oleh KEMAS Perak dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi (SRCC) Daerah Kuala Kangsar. Ucapan terima kasih juga kepada En. Megat Mohamad Fitri b Megat Ariffin, Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Kuala Kangsar yang menjadi urusetia dan juruacara sepanjang perlawanan berlangsung. Mohon maaf atas segala kekurangan. Sesungguh yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak baik itu dari kita sendiri.

     







    




        





































































































Monday 31 August 2015

#SEHATI SEJIWA





“Sehati Sejiwa” tema yang dipilih oleh Malaysia untuk menyambut kemerdekaan tahun 2015.
“Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah















Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-58 dalam Negara yang maju dan makmur.

Bagi memperingati tarikh yang penuh bermakna itu, KEMAS Parlimen Kuala Kangsar turut tidak ketinggalan untuk meraikan bersama-sama ibubapa, penjaga, guru-guru dan kanak-kanak Tabika. Laungan kemerdekaan...Merdeka! Merdeka! Merdeka! diadakan di SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.


Walaupun kanak-kanak Tabika belum memahami sepenuhnya erti kemerdekaan tapi semangat juang harus ditonjolkan oleh para pendidik supaya mereka akan meneruskan kesinambungan agar Malaysia tetap menjadi sebuah Negara yang berdaulat.



       





Monday 30 March 2015

PENDEDAHAN AWAL AKTIVITI KOKURIKULUM



Pencarian bakat bertemakan mainan luar diadakan setiap dua tahun bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam bidang kokurikulum. Pada 28hb Mac 2015, telah diadakan Hari Potensi Peringkat Parlimen Kuala Kangsar melibatkan seramai 124 orang kanak-kanak dari DUN Bukit Chandan dan DUN Manong.



Program ini mula dijalankan pada jam 8.00 pagi bertempat di Padang Rancangan Perumahan Awam 4 yang bersebelahan Pejabat KEMAS Parlimen Kuala Kangsar. Dirasmikan oleh Encik Mohd Nor Azhan Bin Ahmad Zaini, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar.



Dimana mahu pecahkan ruyung kalau bukan dari rebungnya’. Begitulah yang diharapkan agar bakat kemahiran kanak-kanak dalam bidang sukan dapat digilap. Pencarian bakat ini bukan sahaja di peringkat Parlimen malah di Peringkat Daerah, Negeri dan seterusnya kebangsaan. Hanya yang menunjukkan minat, komitmen dan yang terbaik sahaja akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Penjurian adalah di kalangan guru-guru tabika dan kakitangan KEMAS yang berkemahiran dalam sukan tersebut.





Acara di mulakan dengan senamrobik sebagai pemanas badan melibatkan kanak-kanak Tabika, guru-guru dan Ibu bapa. Setelah itu barulah aktiviti sukan dijalankan seperti lari berhalangan, lari berganti-ganti, galah panjang, bola jaring, rounders dan futsal. Semasa aktivti sukan di jalankan ibu bapa tidak henti-henti memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada anak mereka sehinggakan ada yang menjerit. Di pengakhiran program tersebut diadakan penyampaian hadiah kepada kesemua kanak-kanak yang mengambil bahagian dan ucapan penutup daripada Cik Salehah Binti Jusoh selaku Pegawai Operasi 1 KEMAS Perak.Program ini selesai di jalankan pada pukul 11.00 pagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.