“Sehati
Sejiwa” tema yang dipilih
oleh Malaysia untuk menyambut kemerdekaan tahun 2015.
“Sehati
Sejiwa” mencerminkan roh
kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada
Malaysia.
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih
diberi kesempatan untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-58 dalam Negara yang
maju dan makmur.
Bagi memperingati tarikh yang penuh bermakna itu,
KEMAS Parlimen Kuala Kangsar turut tidak ketinggalan untuk meraikan
bersama-sama ibubapa, penjaga, guru-guru dan kanak-kanak Tabika. Laungan
kemerdekaan...Merdeka! Merdeka! Merdeka! diadakan di SK Sultan Abdul Aziz,
Ketior.
Walaupun kanak-kanak Tabika belum memahami sepenuhnya
erti kemerdekaan tapi semangat juang harus ditonjolkan oleh para pendidik
supaya mereka akan meneruskan kesinambungan agar Malaysia tetap menjadi sebuah
Negara yang berdaulat.

