Pencarian bakat bertemakan mainan luar diadakan setiap
dua tahun bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam bidang
kokurikulum. Pada 28hb Mac 2015, telah diadakan Hari Potensi Peringkat Parlimen
Kuala Kangsar melibatkan seramai 124 orang kanak-kanak dari DUN Bukit Chandan
dan DUN Manong.
Program ini mula dijalankan pada jam 8.00 pagi bertempat
di Padang Rancangan Perumahan Awam 4 yang bersebelahan Pejabat KEMAS Parlimen Kuala
Kangsar. Dirasmikan oleh Encik Mohd Nor Azhan Bin Ahmad Zaini, Pegawai KEMAS
Daerah Kuala Kangsar.
‘Dimana mahu
pecahkan ruyung kalau bukan dari rebungnya’. Begitulah yang diharapkan agar
bakat kemahiran kanak-kanak dalam bidang sukan dapat digilap. Pencarian bakat
ini bukan sahaja di peringkat Parlimen malah di Peringkat Daerah, Negeri dan
seterusnya kebangsaan. Hanya yang menunjukkan minat, komitmen dan yang terbaik
sahaja akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Penjurian adalah di
kalangan guru-guru tabika dan kakitangan KEMAS yang berkemahiran dalam sukan
tersebut.
Acara di mulakan dengan senamrobik sebagai pemanas
badan melibatkan kanak-kanak Tabika, guru-guru dan Ibu bapa. Setelah itu
barulah aktiviti sukan dijalankan seperti lari berhalangan, lari
berganti-ganti, galah panjang, bola jaring, rounders dan futsal. Semasa aktivti
sukan di jalankan ibu bapa tidak henti-henti memberi sokongan dan kata-kata
semangat kepada anak mereka sehinggakan ada yang menjerit. Di pengakhiran
program tersebut diadakan penyampaian hadiah kepada kesemua kanak-kanak yang
mengambil bahagian dan ucapan penutup daripada Cik Salehah Binti Jusoh selaku
Pegawai Operasi 1 KEMAS Perak.Program ini selesai di jalankan pada pukul 11.00
pagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.