Monday, 31 August 2015

#SEHATI SEJIWA





“Sehati Sejiwa” tema yang dipilih oleh Malaysia untuk menyambut kemerdekaan tahun 2015.
“Sehati Sejiwa” mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia.

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah















Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-58 dalam Negara yang maju dan makmur.

Bagi memperingati tarikh yang penuh bermakna itu, KEMAS Parlimen Kuala Kangsar turut tidak ketinggalan untuk meraikan bersama-sama ibubapa, penjaga, guru-guru dan kanak-kanak Tabika. Laungan kemerdekaan...Merdeka! Merdeka! Merdeka! diadakan di SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.


Walaupun kanak-kanak Tabika belum memahami sepenuhnya erti kemerdekaan tapi semangat juang harus ditonjolkan oleh para pendidik supaya mereka akan meneruskan kesinambungan agar Malaysia tetap menjadi sebuah Negara yang berdaulat.



       





Monday, 30 March 2015

PENDEDAHAN AWAL AKTIVITI KOKURIKULUM



Pencarian bakat bertemakan mainan luar diadakan setiap dua tahun bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam bidang kokurikulum. Pada 28hb Mac 2015, telah diadakan Hari Potensi Peringkat Parlimen Kuala Kangsar melibatkan seramai 124 orang kanak-kanak dari DUN Bukit Chandan dan DUN Manong.



Program ini mula dijalankan pada jam 8.00 pagi bertempat di Padang Rancangan Perumahan Awam 4 yang bersebelahan Pejabat KEMAS Parlimen Kuala Kangsar. Dirasmikan oleh Encik Mohd Nor Azhan Bin Ahmad Zaini, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar.



Dimana mahu pecahkan ruyung kalau bukan dari rebungnya’. Begitulah yang diharapkan agar bakat kemahiran kanak-kanak dalam bidang sukan dapat digilap. Pencarian bakat ini bukan sahaja di peringkat Parlimen malah di Peringkat Daerah, Negeri dan seterusnya kebangsaan. Hanya yang menunjukkan minat, komitmen dan yang terbaik sahaja akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Penjurian adalah di kalangan guru-guru tabika dan kakitangan KEMAS yang berkemahiran dalam sukan tersebut.





Acara di mulakan dengan senamrobik sebagai pemanas badan melibatkan kanak-kanak Tabika, guru-guru dan Ibu bapa. Setelah itu barulah aktiviti sukan dijalankan seperti lari berhalangan, lari berganti-ganti, galah panjang, bola jaring, rounders dan futsal. Semasa aktivti sukan di jalankan ibu bapa tidak henti-henti memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada anak mereka sehinggakan ada yang menjerit. Di pengakhiran program tersebut diadakan penyampaian hadiah kepada kesemua kanak-kanak yang mengambil bahagian dan ucapan penutup daripada Cik Salehah Binti Jusoh selaku Pegawai Operasi 1 KEMAS Perak.Program ini selesai di jalankan pada pukul 11.00 pagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.







HARAPAN PENGARAH, HARAPAN KEMAS PERAK

Gabungan ahli baru keluarga KEMAS Perak dan pemain sedia ada tidak mengecewakan harapan Tn. Ahmad Kamal Idris b Hj Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak dan khususnya KEMAS Perak apabila telah memberi kemenangan  pada perlawanan persahabatan bola sepak antara KEMAS Perak dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar.  Pemain penyerang  dan aksi pertama Mohd Aizuddin Bin Che Aziz dalam pasukan KEMAS Perak telah menunjukkan kehebatan setelah  menjaringkan 2 gol berbalas 1.

KEMAS Perak mendahului jaringan pada separuh masa pertama. Aksi sengit dari pasukan UMNO Bahagian Kuala Kangsar telah membalas jaringan pada separuh masa kedua. Bagaimanapun KEMAS Perak bangkit mendahului jaringan sebelum masa berakhir sekaligus meledakkan kemenangan berpihak pada KEMAS Perak.


Perlawanan diadakan di Padang Kompleks Kuarters Polis Kuala Kangsar pada 25hb Mac 2015 yang lalu. Turut hadir YB Mohd Kamil Bin Dato’ Shafie, ADUN Manong dan Pengarah KEMAS memberikan sokongan pada pasukan masing-masing. Dengan perlawanan persahabatan ini akan mengeratkan lagi hubungan sekian lama yang telah terjalin antara KEMAS, UMNO dan masyarakat setempat.


TERAJU PASUKAN BOLA SEPAK KEMAS PERAK













Tuesday, 10 March 2015

TOKOH KEMAS KUALA KANGSAR

Video memaparkan tokoh-tokoh yg berjaya dalam pelbagai Bidang, ada yg menjadi Jurutera, Arkitek, Doktor Pakar, Majestrit dan lain-lain lagi.Kejayaan mereka dari didikan awal oleh Tabika KEMAS menjadi contoh dan bukti betapa peranan KEMAS sebagai pendidikan awal kanak-kanak terutama di   kampung dan luar bandar.

Monday, 2 February 2015

SALAM PERPISAHAN ~ EN. MOHD ALI HANAFIAH

KAMI dari KEMAS Parlimen Kuala Kangsar, mengucapkan tahniah kepada En. Mohd Ali Hanafiah, diatas Kenaikan Pangkat sebagai Pengarah KEMAS Negeri Sembilan. Terima kasih atas jasa bakti yg telah diberikan..sesungguh nya hanya Allah saje yg mampu membalas nya.

Warga KEMAS Kuala Kangsar juga mendoakan En Mohd Ali sentiasa cemerlang walau di mana berada. Segala nasihat yg En Mohd Ali berikan pd mlm Majlis Jasa Mu diKenang itu,  akan kami ingat dan hargai....

*Tuai padi antara masak
*Esok jgn layu layuan
*Intai kami antara nampak
*Esok jgn rindu rinduan.. 

Salam penuh rasa kasih sayang dari warga KEMAS Kuala Kangsar........ 😂😭

Majlis penghargaan dan jasamu dikenang KEMAS Perak telah diadakan pada 28/01/2015 bagi meraikan pertukaran En. Mohd Ali Hanafiah, Penolong Pengarah Kanan KEMAS Perak sebagai Pengarah KEMAS Negeri Sembilan. 

Majlis telah diadakan di Hotel Casuarina Meru, Ipoh yang bertemakan Rugged dan Santai. Majlis telah dihadiri oleh semua Pegawai-pegawai Kanan, Penyelia-penyelia pelbagai jurusan dan kakitangan KEMAS Negeri.

Majlis diadakan bagi merakamkan penghargaan warga KEMAS Perak kepada En. Mohd Ali b. Hanafiah yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Negeri Perak.

Tuesday, 16 December 2014

PROGRAM BRIGHT KIDS CAREERNIVAL PROMOSI TABIKA & TASKA KEMAS TAHUN 2015


14hb Desimber 2014 – Dataran Persisiran Sungai Perak, Kuala Kangsar telah diadakan Bright Kids Careernival Promosi  Tabika & Taska KEMAS Tahun 2015. Program dianjurkan bertujuan memberi ruang serta penglibatan kanak-kanak dalam mengejar impian untuk berjaya serta berkongsi pengalaman bersama bekas-bekas pelajar KEMAS yang telah berjaya. Menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak secara holistik dalam aspek pertumbuhan fizikal dan perkembangan sosial, emosi, intelek dan rohani serta mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang masa program diadakan seperti pameran booth mengikut tunjang pembelajaran dan pengajaran di Tabika dan Taska KEMAS, Suppaduppa bagi kanak-kanak yang telah mengikuti program di booth-booth dan pertandingan chif cilik.

Peneraju utama KEMAS Perak, Tn Ahmad Kamal Idris b Hj Mohd Nawawi memberi penekanan agar usaha ini melahirkan pewaris cemerlang Negara yang dibimbing dan didik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa. Alumni Tabika KEMAS juga akan menyusur dalam Buletin KEMAS Perak untuk memberi semangat kepada kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik.


Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Khair-il b Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Turut hadir YB Maslin Sham b Razman, ADUN Bukit Chandan dan YB Mohamad Kamil b Dato’ Shafie, ADUN Manong. Manakala tetamu daripada KEMAS Ibupejabat iaitu Tn Hj Amirrudin b Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi serta Cik Khairun Nisa’ bt Roshdi, Penolong Pengarah Pemakanan turut hadir memberi dorongan dan bimbingan dalam menjayakan program tersebut.