Monday, 2 February 2015

SALAM PERPISAHAN ~ EN. MOHD ALI HANAFIAH

KAMI dari KEMAS Parlimen Kuala Kangsar, mengucapkan tahniah kepada En. Mohd Ali Hanafiah, diatas Kenaikan Pangkat sebagai Pengarah KEMAS Negeri Sembilan. Terima kasih atas jasa bakti yg telah diberikan..sesungguh nya hanya Allah saje yg mampu membalas nya.

Warga KEMAS Kuala Kangsar juga mendoakan En Mohd Ali sentiasa cemerlang walau di mana berada. Segala nasihat yg En Mohd Ali berikan pd mlm Majlis Jasa Mu diKenang itu,  akan kami ingat dan hargai....

*Tuai padi antara masak
*Esok jgn layu layuan
*Intai kami antara nampak
*Esok jgn rindu rinduan.. 

Salam penuh rasa kasih sayang dari warga KEMAS Kuala Kangsar........ 😂😭

Majlis penghargaan dan jasamu dikenang KEMAS Perak telah diadakan pada 28/01/2015 bagi meraikan pertukaran En. Mohd Ali Hanafiah, Penolong Pengarah Kanan KEMAS Perak sebagai Pengarah KEMAS Negeri Sembilan. 

Majlis telah diadakan di Hotel Casuarina Meru, Ipoh yang bertemakan Rugged dan Santai. Majlis telah dihadiri oleh semua Pegawai-pegawai Kanan, Penyelia-penyelia pelbagai jurusan dan kakitangan KEMAS Negeri.

Majlis diadakan bagi merakamkan penghargaan warga KEMAS Perak kepada En. Mohd Ali b. Hanafiah yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Negeri Perak.

Tuesday, 16 December 2014

PROGRAM BRIGHT KIDS CAREERNIVAL PROMOSI TABIKA & TASKA KEMAS TAHUN 2015


14hb Desimber 2014 – Dataran Persisiran Sungai Perak, Kuala Kangsar telah diadakan Bright Kids Careernival Promosi  Tabika & Taska KEMAS Tahun 2015. Program dianjurkan bertujuan memberi ruang serta penglibatan kanak-kanak dalam mengejar impian untuk berjaya serta berkongsi pengalaman bersama bekas-bekas pelajar KEMAS yang telah berjaya. Menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak secara holistik dalam aspek pertumbuhan fizikal dan perkembangan sosial, emosi, intelek dan rohani serta mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang masa program diadakan seperti pameran booth mengikut tunjang pembelajaran dan pengajaran di Tabika dan Taska KEMAS, Suppaduppa bagi kanak-kanak yang telah mengikuti program di booth-booth dan pertandingan chif cilik.

Peneraju utama KEMAS Perak, Tn Ahmad Kamal Idris b Hj Mohd Nawawi memberi penekanan agar usaha ini melahirkan pewaris cemerlang Negara yang dibimbing dan didik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa. Alumni Tabika KEMAS juga akan menyusur dalam Buletin KEMAS Perak untuk memberi semangat kepada kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik.


Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Khair-il b Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Turut hadir YB Maslin Sham b Razman, ADUN Bukit Chandan dan YB Mohamad Kamil b Dato’ Shafie, ADUN Manong. Manakala tetamu daripada KEMAS Ibupejabat iaitu Tn Hj Amirrudin b Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi serta Cik Khairun Nisa’ bt Roshdi, Penolong Pengarah Pemakanan turut hadir memberi dorongan dan bimbingan dalam menjayakan program tersebut.











Tuesday, 14 October 2014

MESYUARAT KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN) PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR


14hb Oktober 2014 - Bertempat di Pejabat JKR Daerah Kuala Kangsar telah diadakan Mesyuarat Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Peringkat Daerah Kuala Kangsar. KOSPEN di wujudkan bagi tujuan pencegahan dan promosi Non-Communicable Disease (NCD)/ Penyakit tidak berjangkit di kalangan masyarakat setempat. Mesyuarat tersebut juga membincangkan program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi tahun 2014. Di pengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Norrina Binti Esa dan di hadiri oleh ketua-ketua kampung, kakitangan Jabatan Kesihatan dan KEMAS yang terlibat dari Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Sungai Siput dan Parlimen Padang Rengas. 









Wednesday, 1 October 2014

KEBUN DAPUR TABIKA KEMAS TALANG HILIR, KUALA KANGSAR

Pemandangan hijau amat menyenangkan mata yang memandang setiap kali melintasi kelas Tabika KEMAS Talang Hilir, Kuala Kangsar . Dengan kedudukan batas yang tersusun cantik dan sayuran yang segar menghijau sangat menarik perhatian. 

Sikap guru dan pembantu Tabika ini perlu dipuji kerana kebun dapur mereka sentiasa menghijau dengan tanaman yang berbeza setiap kali habis tuaian.

Kanak-kanak berasa teruja berada di kebun dapur mereka. Setiap hari mereka akan bersama guru menyiram dan menjaga tanaman bersama-sama. Secara tidak langsung mendidik kanak-kanak ini dengan sikap berbudi pada tanah.



Inilah hasil tuaian di kebun dapur Tabika Talang Hilir. Semuanya segar bugar dan bebas daripada racun dan bahan kimia. Terasa nak buat kebun jugalah di rumah.





Tuesday, 30 September 2014

PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA


13 September 2014, Manong - YB ADUN Manong bersama-sama Jabatan Kerajaan termasuk KEMAS Kuala Kangsar telah mengikuti perbarisan sempena Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia 2014. Turut hadir YB Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan YB ADUN Bukit Chandan. 

Anggota KEMAS bersama-sama YB Ahli Parlimen Kuala Kangsar, ADUN Manong dan ADUN Bukit Chandan. Turut serta Penolong Pengarah dari KEMAS Ibupejabat Putrajaya




Di samping berparisan, aktiviti seperti perlawanan bola sepak, deklamasi sajak dan persembahan silat turut diadakan sepanjang majlis tersebut.