Tuesday, 14 October 2014

MESYUARAT KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN) PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR


14hb Oktober 2014 - Bertempat di Pejabat JKR Daerah Kuala Kangsar telah diadakan Mesyuarat Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Peringkat Daerah Kuala Kangsar. KOSPEN di wujudkan bagi tujuan pencegahan dan promosi Non-Communicable Disease (NCD)/ Penyakit tidak berjangkit di kalangan masyarakat setempat. Mesyuarat tersebut juga membincangkan program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi tahun 2014. Di pengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Norrina Binti Esa dan di hadiri oleh ketua-ketua kampung, kakitangan Jabatan Kesihatan dan KEMAS yang terlibat dari Parlimen Kuala Kangsar, Parlimen Sungai Siput dan Parlimen Padang Rengas. 









Wednesday, 1 October 2014

KEBUN DAPUR TABIKA KEMAS TALANG HILIR, KUALA KANGSAR

Pemandangan hijau amat menyenangkan mata yang memandang setiap kali melintasi kelas Tabika KEMAS Talang Hilir, Kuala Kangsar . Dengan kedudukan batas yang tersusun cantik dan sayuran yang segar menghijau sangat menarik perhatian. 

Sikap guru dan pembantu Tabika ini perlu dipuji kerana kebun dapur mereka sentiasa menghijau dengan tanaman yang berbeza setiap kali habis tuaian.

Kanak-kanak berasa teruja berada di kebun dapur mereka. Setiap hari mereka akan bersama guru menyiram dan menjaga tanaman bersama-sama. Secara tidak langsung mendidik kanak-kanak ini dengan sikap berbudi pada tanah.



Inilah hasil tuaian di kebun dapur Tabika Talang Hilir. Semuanya segar bugar dan bebas daripada racun dan bahan kimia. Terasa nak buat kebun jugalah di rumah.





Tuesday, 30 September 2014

PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA


13 September 2014, Manong - YB ADUN Manong bersama-sama Jabatan Kerajaan termasuk KEMAS Kuala Kangsar telah mengikuti perbarisan sempena Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia 2014. Turut hadir YB Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan YB ADUN Bukit Chandan. 

Anggota KEMAS bersama-sama YB Ahli Parlimen Kuala Kangsar, ADUN Manong dan ADUN Bukit Chandan. Turut serta Penolong Pengarah dari KEMAS Ibupejabat Putrajaya




Di samping berparisan, aktiviti seperti perlawanan bola sepak, deklamasi sajak dan persembahan silat turut diadakan sepanjang majlis tersebut.



Monday, 29 September 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KANAK-KANAK TASKA RPA 4, PARLIMEN KUALA KANGSAR

LAWATAN SAMBIL  BELAJAR KANAK-KANAK TASKA RPA 4, PARLIMEN KUALA KANGSAR


KUALA KANGSAR, 22/5/2014     - Seramai 6 orang guru TASKA bersama-sama 20 orang kanak-kanak dan 18 orang penjaga telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highlands.

Menurut ketua rombongan, Puan Rozaida binti Abdullah, Pemaju Masyarakat TASKA Parlimen Kuala Kangsar, lawatan ini bertujuan bagi memupuk semangat kekeluargaan antara guru-guru dan penjaga.  Disamping itu, lawatan ini juga akan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penjaga dan guru-guru disamping memberi pendedahan mengenai tempat lawatan yang mereka sertai.


Lawatan selama sehari ini mengambil masa selama 12 jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Impak yang diterima dalam lawatan ini menampakkan kesan yang positif dan penjaga mengalukan-alukan program sebegini di masa akan datang.